Thursday, October 15, 2009
Vote! (^O^)
Labels: reviewz
k o r o m y s t blurbed at 11:25 AM
Wednesday, September 16, 2009
Okaeri! xD
Wah! Berhabuk gilos. Sesawang kelihatan di merata tempat huhuhu~
Ni kira Halloween terawal tarikh nih (O_o)a
Anyway, Koro kembali! (^O^)
Setelah lama meninggalkan blogku ini bersendirian.
Owh~ (T^T)
Sepanjang masa tu, memacam telah berlaku.
Koro buat rumusan jela ekk?
[1] Koro dah kembali aktif layan Gaia jadi kebanyakan masa Koro spent kat Gaia. Tambah pulak Koro ada misi untuk jadik millionaire kat situ (^O^)
[2] Koro spend masa terluang layan Facebook pulak. Application games punyala banyak Koro join!
[3] Koro busy dengan real life. Alasan tipikal. Haha.
[4] Koro cuma online bila ada pc dan tenet. Biasanya kat opis (hehehe) dengan kat umah mak abah sebab kidnap laptop Dell adik xD~
[5] Koro agak malas (alasan yang paling dipercayai xDDD)
Apa-apa hal pun, Koro harap ada sesuatu yang menarik kat iklan kat sidebar tu haaa.
Kalau menarik, klik and cekiaut la ye?
Pastu bagitau Koro (^O^)
Sebab Koro tak nampak ada mende kat situ tapi cek kat template codes, ada pulak mende nya huhuhu
Labels: raves and rants
k o r o m y s t blurbed at 11:32 AM
Tuesday, June 23, 2009
zomg!
Wah makin addicted dengan game nih! xD
zOMG! merupakan satu cabang daripada gaia online yang menjurus lebih ke arah mmo tetapi lain sket daripada mmo yang biasa.
Pendek kata, tak perlu donlot untuk main! (^O^)

Cukup sekadar kita ada avvy Gaia.
Kalau takde pun takpe sebab boleh main as a guest tapi lebih syok kalau kita main sebagai gaia avvy kita sendiri!

[ Woarghhh! Makan budhokkkk!!! ]
Okay mari Koro terangkan basis zOMG! nih.
[o] --- Dalam zOMG! tiada senjata macam pedang ke lembing ke mesingan ke yang akan digunakan, sebaliknya cincin-cincin yang ada power tertentu yang akan bertindak sebagai weapon kita
[o] --- Setiap Gaians secara default memiliki 8 slot untuk rings
[o] --- Dalam permulaan game, kita akan (terpaksa sebenarnya hahaha) melalui satu tutorial bersama Frank di dalam keretapi menuju ke Barton Town. Bila kita dah sukses melawan tong sampah (jangan tanya xDDD), Frank akan memberikan kita Solar Rays ring secara percuma. Kita kemudiannya akan diberikan akses ke Barton Sewers untuk diberikan quest pertama kita
[o] --- Kita boleh memilih sama ada untuk menjelajah dunia zOMG! begitu aje atau pergi menyelesaikan quest-quest yang ada. Koro lebih prefer agar korang selesaikan dulu quest-quest yang ada kat certain-certain area sebelum mula menjelajah area tu sepenuhnya
[o] --- Monsters dalam zOMG! ni digelar Animated. Ada yang comel giler. Ada yang hudus. Ahaks xD Setiap kali korang belasah menatang ni, diaorang akan tinggalkan drops dan antaranya adalah gold dan purple orbs serta beberapa bahan spesifik lain. TAPI! Jika korang belasah Animated yang sedia lemah daripada korang, korang takkan dapat pape. Jika korang gi bantai Animated yang lebih kuat daripada korang, sama ada korang akan mati katak ataupun kalau bernasib baik, dapatla drops yang lebih umphhh xDDD~
[o] --- Setiap ring mempunyai slot untuk Charge Level atau nama manjanya, CL hahaha... xD Ring paling kuat adalah ring yang telah diupgrade menjadi CL 10. Untuk upgrade rings, sejumlah purple orbs diperlukan. Orbs ini boleh didapati daripada penyelesaian quest mahupun Animated drops
[o] --- Korang juga ada tahap Ghi yang akan menentukan kualiti drops daripada Animated. Lebih tinggi tahap Ghi, lebih best drops yang akan didapati. Tahap Ghi makin berkurangan mengikut masa. Untuk recharge semula, cara paling senang ialah pergi ke tempat ramai suka berkumpul --- Barton Town! (^O^)
[o] --- Korang hanya boleh upgrade rings dan tukar slot rings dalam satu area yang dipanggil Null Chamber. Ni kira safehouse la untuk korang rilek-rilek sambil main cincin. Ahaks xDDD~
[o] --- Tak ada "kematian" dalam kamus zOMG! xD Bila HP (health points) korang sifar, korang dikira sebagai "Dazed". Ini ditunjukkan dengan avvy gaia korang tetiba pening-pening lalat siap dengan efek bintang pusing-pusing keliling kepala xD
[o] --- Bila korang dah Dazed, ada dua je option. Sama ada pilih "Awaken" untuk kembali ke Null Chamber dan berehat sebentar kat situ atau dengan tanpa segan silunya merayu kat chat channel agar ada tak sesape yang sudi defibrillate korang atau nama manjanya defib xD Kalau ada, orang tu akan defib-kan korang dan korang pulak tak perlu pergi Null Chamber sebaliknya berehat je kat area yang korang pergi tu. Kebaikannya di sini, korang tak perlu bersusah-payah meredah Animated lagi untuk sampai ke kawasan yang sebelum tuh korang dok lepak sebelum kena dazed tu
[o] --- Untuk selesaikan quest, lebih elok secara dalam crew. Untuk drops yang lebih umppphhh pastikan crew korang agak-agak sama level ngan korang. Ini boleh ditentukan dengan melihat warna aura mereka yang korang nak ambil sebagai crew member. Kalau hijau, itu yang terbaik untuk korang xD
[o] --- Untuk refill HP, korang boleh 'telan' Energy Charger ataupun buat gaia avvy korang 'kneel' yakni duduk lepak je kat memana xD
[o] --- Selain HP, korang pun kena berjaga gak ngan Stamina level korang. Recharge stamina dengan duduk gak. Tak guna gak kalau HP tinggi tapi Stamina sifar sebab nanti korang takde kudrat nak guna kuasa cincin. Angkat jari pun terasa cam angkat gajah
Huuu~ kalau nak teruskan memang panjang lagi nih sebab banyak lagi Koro belum sentuh pasal zOMG! xDDD~
Labels: gaia newz
k o r o m y s t blurbed at 4:12 PM
Friday, May 29, 2009
Mau jadi kayaaaaa!!!
Hoh.
Akhirnya berjaya jugak ingat balik password Noctis. Lega rasanya haha. Sebab Noctis ni bertindak sebagai storan penyimpan mcs (monthly collectibles) yang Koro kumpul sejak tahun 2006 lagi masa start main Gaia. Ahaks. Jadi kalau tak dapat guna Noctis, meraung arr Koro xDDD~
Sekarang Koro nak kembali aktif kat Gaia. Tapi sekadar buat urusan jual beli jelah kat Marketplace. Sebabnya Koro nak rembat mcs untuk tahun ni pulak. Hahaha... sekarang dah miskin giler (sama cam situasi Koro dalam dunia sebenar huhuhuhu~) so tu pasal Koro dah tak boleh nak layan forum sangat.
Koro nak kena cari jalan bebanyak untuk kumpul gaia gold bebanyak xD
Antaranya, mungkin kena utilize balik skill lukisan yang dah berkarat tuh hahaha xD Kena try masuk mana-mana art contest yang ada kat Gaia. Tapi kena pilih yang tak kisah kalau art tu tak berwarna la. Ekekeke~ Koro masih lum pakar untuk mewarna secara digital. Huhuhu~

[ v_Noctis-Lucius-Caelum_v ]
Labels: gaia newz
k o r o m y s t blurbed at 12:50 PM
Monday, May 25, 2009
selamat! xD
Selamat pengantin baru buat Zamarul ngan Diana! (^O^)
Pergi kenduri belah Zamarul weekend hari tu. Jiran satu taman perumahan la katakan (hohoho... masa nih baru nak ngaku jiran xP). Tema merah (O_o) Antara selebriti yang sempat dilihat cuma Linda Rafar dengan Nasser Wahab jek xD
Tapi pergi sana bukan nak jumpa artis mana-mana pun. Cuma nak feel camne pergi kenduri selebriti hahaha... tapi tu niat sampingan la. Niat suci-murninya (cewah xD) sebab kena jadi wakil ayah Ryu-kun yang tak dapat datang.
Pape hal pun sedap gak hidangan kenduri tu xD
Kat bawah ni ada gambar cenderahati yang diterima xP (tak amek gambar diaorang yek mintak mahap xD).




Labels: spesel kesh
k o r o m y s t blurbed at 8:35 AM
Thursday, May 21, 2009
ARGHHH!!!
Hari ni rasa macam nak main Gaiaonline balik semula. Ingat nak edit balik si Noctis tuh. Tapi kannnn... dah lupa password daaa! (T^T)
Tambah haru lagi bila dah terlupa gak email apa yang digunakan untuk buat akaun tuh.
Argh tidak! Dahla baru je terniat nak pindahkan semua MC balik ke Koro nyer main account. Huhuhu... cane nih? Cane nih? (T^T)
Akaun lain Koro ble je ingat password diaorang. Tapi apsal yang si Noctis nih cam dok tak betul jek password haaa? Seingat Koro, Koro tukar nama dia jek and bukan password (O_o)
Ke si Noctis dah kena hack? Huhuhu... siannyer dia (T^T)
Nak cuba insert password beberapa kali tapi Koro cuma max 2 kali satu hari. Kalau tak, ip kena ban and kalau ip kena ban, takble pulak main Gaia kat sini ekekeke~
Pencarian password bermula! Owh~ (T^T)
Labels: mood swingz
k o r o m y s t blurbed at 12:43 PM
Wednesday, May 20, 2009
Eksklusif! - Aktiviti seharian Koro di opis
8.00 am
- Sampai opis setelah meredah lautan manusia di pintu keluar komuter, menyeberangi jejantas yang kadang-kala dihiasi seorang peminta sedekah yang kudung kakinya namun mampu pula pakai kaki palsu (O_o) dan seterusnya singgah 7e kalau ada duit, dan kalau tak ade, buat dunno lalu terus melulu ke opis...
8.05 am
- Setel upacara boot pc dan login windows.
- Pergi buat air kat pantry.
- Duduk balik kat meja lalu bukak Facebook.
- Layan Mafia Wars, Vampire Wars, SuperPokePets dan FluffPets...
- Sesambil tuh kunyah makanan yang ada sebagai breakfast.
8.30 am
- Patutnya dah mula kerja owh~? xD
- Leka layan Facebook dan sesambil tuh bukak windows keje-keje yang patut dibuat aritu. Cover line? Hehehe...
9.00 am
- Mula keje secara rasmi. Yosh! Ikuzo! ~ o(^O^)o
10.00 am
- Rasa ngantuks mencengkam giler. Try hilangkan senggukan paler dengan buat keje sambil layan lelagu J-rock.
12.30 tgh
- Stop keje secara automatik and terus layan tenet xD~
- Biasanya Facebook (lagi) atau Gaia (akaun Mitkun hikhik~).
- Kengkadang main Sworbs dalam Hi5 tapi yang tuh biasanya aktiviti hari Jumaat xD
1.30 pm
- Sambung keje balik huhuhuhu~ (T^T)
5.00 pm
- Secara automatik terasa malas nak habiskan keje.
- Bukak tenet secara curik-curik tapi still wat keje xD~
5.30 pm
- Opis hour tamat! Yatta!!!
- Tapi still layan tenet kat meja walaupun ada sms dari Ryu-kun suruh blah untuk balik umah xD
5.40 pm
- Mula aktiviti menutup pc secara official xP
5.45 pm
- Balik umah!
- Naik keta so tak perlu redah lautan ketiak masam kat stesen komuter hik hik~ xD
Labels: raves and rants
k o r o m y s t blurbed at 5:27 PM